Mimpi boleh jadi mainan tidur. Boleh jadi juga gangguan syaitan. Dan juga boleh menjadi satu bentuk perkhabaran dari Allah s.w.t. Aku ingin berkongsi kisah benar berkenaan mimpi yang aku alami. Apa yang tersirat disebalik mimpi itu hanya Allah yang lebih mengetahui.
Pagi itu, sewaktu aku sedang bersarapan, mak aku memberitahu dia bermimpi dia ternampak lembaga hitam 👹di atas bumbung sebuah rumah berhampiran. Dia menceritakan betapa menakutkan rupa lembaga itu. Aku hanya mendengar tanpa sebarang ulasan. Mungkin aku patut meyakinkan mak aku yang itu cuma mainan tidur, tapi lidah aku kelu untuk berkata-kata. Kerana malam tadi aku turut bermimpi melihat lembaga hitam di tempat yang sama seperti yang mak aku ceritakan!!!😱
Kebetulankah? Mengapa pada malam yang sama kami bermimpi yang perkara yang hampir sama?😵 Aku tidak berkongsikan mimpi aku ini dengan mak aku atas beberapa sebab. Sebab yang pertama, mak aku akan terus percaya tuan rumah itu mengamal ilmu yang bukan-bukan. Sebab yang kedua mimpi itu hampir sama, tapi berbeza perspektif. Mak aku menceritakan betapa menakutkan lembaga itu. Mimpi aku ada sedikit kelainan. Aku ada nampak lembaga itu di tempat yang mak ceritakan dan aku pergi cari gaduh dengan lembaga tu... (hilang misteri cerita ni😳)... yes, aku pergi bertumbuk dengan lembaga tu dan aku kalah😫...buat malu je. Cari gaduh pastu kalah. Masa kalah bertumbuk tu aku terbangun dari tidur. Tahukah apa yang berlaku selepas itu? Aku sambung tidur dan aku bermimpi semula, dalam mimpi tu aku cari balik makhluk tu... gaduh balik... kalah sekali lagi 😂... aku terbangun semula, aku ubah posisi aku tidur dan mimpi pasal benda lain pula. ⬅️(ini cara nak buat kalau asyik mimpi yang bukan2)
Mungkin orang kata mimpi aku dan mak aku tak sama. Berbeza sinopsis, tapi isim nya sama. Erti di sebaliknya mimpi tu tak pernah aku cuba uraikan atau aku kongsikan. Kepada yang membaca, usah fikir terlalu mendalam. Itu cuma mimpi.