Monday, May 28, 2012

Cara-cara nak slim...


Tajuk ini adalah tajuk aku punya presentation masa di GEMS dulu. Hari ini aku rasa macam nak berkongsi cara-cara nak menjadi slim secara semulajadi tanpa menjejaskan diet. Aku masih lagi mengamalkan cara-cara ni dan Alhamdulliah, aku punyer berat belum pernah melebihi 50 kg dan tiada masalah kesihatan yang kronik. Ok, aku mungkin agak kurus bagi seorang yang mempunyai ketinggian 173 sm dan aku memang tengah cuba menambah berat badan (belum berhasil). Jadi, apa yang anda perlu lakukan untuk jadi slim seperti saya…?



#1 Sarapan pagi
Aku selalu sarapan pagi. Jarang aku skip sarapan. Mesti ramai yang tak makan sarapan kan? Sebenarnya tidak makan sarapan pagi akan mengurangkan metabolism badan. Bila tidak makan sarapan pagi, badan akan memasuki fasa kelaparan (‘starvation mode’) dan mula menyimpan kalori berlebihan. Adalah lebih baik juga untuk makan lebih banyak ketika sarapan berbanding makan untuk tengah hari…

#2 Mengunyah
Bagi aku ini adalah elemen yang paling penting dalam proses nak menjadi slim ni. Aku sebenarnya ikut sunnah Rasullah S.A.W, mengunyah makanan 40 sebelum telan. Tapi siapa pula yang rajin sangat nak mengira berapa kali dia kunyah tu kan? Tapi yang penting kena pastikan ape yang masuk dalam mulut dikunyah betul-betul. Aku selalu tengok orang makan. Kunyah 3 kali, telan. Ini sebenarnya tak bagus untuk penghadaman makanan.
Secara saintifiknya, makanan yang dikunyah dengan betul mempunyai luas permukaan yang lagi tinggi berbanding dengan makanan yang tak dikunyah. Luas permukaan yang tinggi memudahkan proses penghadaman makanan. Dalam kimia, peningkatan luas permukaan sesuatu bahan berkadar langsung dengan kadar reaksi kimia. Jadi…kunyah je lah elok2 makanan ko tu…

#3 Minum dan makan
Minum 2 jam sama ada sebelum atau selepas makan. Ini pun aku ikut sunnah Rasullah S.A.W, tapi ini aku jarang dapat ikut pasal selalu makan kat kedai. Tapi biasa aku cuba melewatkan minum aku. At least 15 minit baru minum. Ada juga yang menyatakan cara ini jugak dapat mengelakan perut boroi. 
Satu lagi pasal makan ni. Berhenti makan sebelum kenyang. ini pun sunnah jugak.


#4 Jauhi Air bergas (soft drink)
Air bergas aku elakkan. Mostly sebab aku tak suka rasa gas tu. Sebab tu aku elakkan. Lagipun minuman macam tu sangat acidic dan tak bagus untuk kesihatan pun. Malas nak cerita panjang. Kat bawah ni link sebab musabab soft drink tak bagus sangat. (In English)
Laman web tu je menyatakan adalah baik untuk mengamalkan air kosong, air jus buah atau air teh…
# 5 Bersenam
Bersenam sangat penting untuk badan. Ia juga meningkatkan metabolism badan. Jadi bersenam lah walaupun yang ringan-ringan je. Aku pun malas nak bersenam tapi at least kadang-kadang aku wat sit-up or crunches. Sebab senang, atas tilam je… (mungkin sebab ni aku ada visible six pack kot. Hehe..)


#6 Banyakan pengambilan fiber
Fiber ada banyak dalam sayuran dan buah. Ia bagus untuk penghadaman. Ada yang tak suka makan sayur, tapi aku ni Alhamdulillah, masa kecik2 dulu kena brainwash dengan iklan kementerian kesihatan. Aku nak tengok kartun tapi interval antara cerita kartun tu diletakkan iklan kementerian kesihatan. Iklan orang yang tengah makan tetiba kembung tu… tapi ape pun pastikan makanan kena seimbang.

# 7 Tidur
Tidur memang selalu aku amalkan. Yang penting tidur kena cukup dan tidak pula melebih-lebih. Tidur dapat menghilangkan stress. Dan stress juga boleh menyebabkan penambahan berat badan. Lagipun bila dah tidur tak boleh makan, pasal tengah tidur. Tak makan= tak penambahan kalori. Jadi tidurlah sepuas-puasnye.. Muahaha…

# 8 Amalkan
Ini juga adalah elemen paling penting dalam process nak jadi slim. Ia takkan berlaku secara tiba-tiba (unless u do liposuction). Ia memerlukan usaha dan semangat untuk kekal kurus. Everybody can slim. Let’s do it.

P/s: Buat masa sekarang aku tengah cuba menambah berat badan, tapi what can I say… habits die hard u know.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...