Friday, April 11, 2014

Manifesto Budaya Islam



بسم الله الرحمن الرحيم

Cerita ini adalah satu peringatan untuk diri aku sendiri dan kepada sesiapa yang membacanya, dengan harapan nukilan ini mampu mengubah cara hidup aku dan masyarakat disekelilingku.
 Manifesto membawa pengertian perubahan dasar. Namun yang aku ingin ubah ialah budaya masyarakatku. Berubah menjadi masyarakat yang layak dipanggil masyarakat islam. Ia adalah sesuatu yang telah lama aku idamkan dan dambakan. Keinginan ini tercetus kembali ketika aku menghadiri sebuah kenduri kahwin. Kenduri kahwin biasa nak buat apa? Makan nasi minyak lah… Di saat seronok menikmati nasi minyak kedengaran azan zohor dilaungkan. Suasana kenduri yang biasa riuh dengan suara, sunyi seketika menghormati azan dilaungkan. Wow, bagusnya. Namun  yang kemudian itu yang membuat aku terasa sedih. Selesai azan dilaungkan, suasana kenduri kembali riuh. Dan aku melihat ramai yang menyambung aktiviti masing2. Tapi tiada yang bangkit nak pergi sembahyang berjemaah di masjid. Masjid tu dahlah dekat dengan tempat kenduri tu (dalam 200m). Tiada yang aku tengok bergegas nak ke masjid…

Kawan aku cakap sekarang ni zaman budaya,atau zaman ikut-ikutan.Kalau ramai yang buat, ramai lah ikut. Macam dulu, famous pokok tanduk rusa buat hiasan. Ramai yang jual, ramai yang beli. Tak pun zaman friendster/myspace dulu. Ramai yang ada account friendster ngan myspace. (they are famous a decade ago…). Aku rasa kalau masa kenduri kahwin tu, ramai yang pergi jemaah dekat masjid, mesti ramai yang ikut.

Teringat aku sebuah kisah dari komik Apo?, kisah lanun Apo yang pergi menyerang sebuah perkampungan. Ketika di intip, nampak kelibat ramai manusia, namun ketika diserang, kosong perkampungan itu. Tiada siapa pun yang ada, tetapi semua barangan jualan ada di situ. Banyak kali lanun-lanun itu pergi, tetapi apabila tiba tiada orang di kampung. Diorang ingat tu kampung bunian. Last sekali masa dia pergi serang tu ada orang. Apabila dia tanya ke mana semua orang hilang ketika mereka menyerang, orang kampung tu pun cakap, semua orang pergi sembahyang dekat masjid. Lanun tu serang masa masuk waktu sembahyang, pasal tu tiada orang. Wasn’t that’s great?...

Keinginan untuk melihat itu berlaku membuat aku terasa ingin menangis. A thought is just an illusion without act.  Apa benda aku nak buat untuk mengimpikan ini terjadi. Aku tahu dekat tempat lain boleh buat macam ni. Jadi macam mana aku nak buat kat tempat aku sendiri? ( the easiest way is move to the place that practicing it). It’s something plausible yet impossible without everyone involvement.

Aku akhiri sampai di sini sahaja, yang selebih aku tinggalkan sebagai persoalan dan renungan untuk semua.        

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...