Alhamdulillah, setelah beberapa bulan akhirnya dapat juga pengganti. Walaupun bukan yang terbaik, tapi aku masih bersyukur. Sememengnya aku runsing dengan pilihan hatiku ini, tapi aku yakin dialah yang terbaik buat masa ini. jika dulu malam2 ku sunyi tanpa teman disisi, kini dia hadir memenuhi hari-hari aku.
Siapa dia? Soalan yang tepat ialah apa dia? Tentulah laptop baru. tapi aku sememang runsing benar dengan pilihan ku. sebelum ini dua kali aku beli laptop. Laptop pertama bertahan setahun lebih, selepas beberapa bulan tamat waranti. Laptop kedua bertahan tiga tahun lebih, beberapa bulan selepas tamat waranti. Laptop baru ni, warranty 2 tahun, harap bukan 2 tahun dia akan menemani aku.
Dalam masa terdekat ni, kalau berkesempatan, aku akan mengupload karya yang aku sempat buat sepanjang ketiadaan laptop ni. Tapi cuma ada short story dua page jelh, hehe... sekarang tengah wat project comic yang panjang sikit. Insya-Allah, by bulan 4 ni aku akan cuba siapkan comic tu.
No comments:
Post a Comment