(Wikipedia) Politics is the art or science of influencing people on a civic, or individual level, when there are more than 2 people involved.
(Google) Politic meaning
1. (Adjective) (of an action) Seeming sensible and judicious under the circumstances.
2. (Verb) Engage in political activity.
Aku bertanya kerana aku sendiri tak tahu. Aku cuba mengikuti blog2 parti politik untuk memahami erti perjuangan pentaksub politik yang yakin mereka dipihak yang benar. Aku cuba mendalami dakyah mereka dalam membuktikan kebenaran mereka. Hanya satu yang pasti bagiku, this is bullshit belaka.
Parti politik mana yang paling bagus? Barisan Nasionalkah atau Pakatan Rakyatkah? Kenapa tak tanya, Coke n Pepsi mana bagus? Dua-dua pun aku tak suka pasal aku tak suka air gas. Dakyah2 mereka dalam melontar kebenaran bagiku sama saja melihat mereka menunding tahi satu sama lain.
Tak perlu hidu tahi, tengok pun dah tahu tahi tu busuk.
“Tengok tahi dia, busuk gile”
“ceh, tengok tahi ko ni, busuk jugak”
Dari dulu lagi sudah begini tapi sebelum ini aku tak ambil kisah, kerana aku tak layak mengundi lagi, sekarang aku dah layak jadi aku kena ambil kisah. Ini untuk masa depan Negara. Masa depan Negara, masa depanku jua.
Dari manifesto menjadi janji,dari janji menjadi budi, dari budi menjadi undi. I help you, you help me? Cuba jelaskan kat aku, apa beza semua ni dengan rasuah? Ubah kerajaan? Kekal kerajaan? Dia ni bagus, dia ni jahat. Kami betul, mereka tipu, Akhirnya lupa apa tujuan asal pilihan raya, untuk memilih pemimpin, bukan memilih parti politik. Tapi arus pilihanraya sekarang memaksa kita memilih parti politik untuk memilih pemimpin.
Mungkin proses lebih mudah dengan cara ini. Cuba bayangkan kalau calon2 bebas yang tak mewakili mana2 parti politik yang menang pilihanraya nanti? Siapa yang jadi PM?
Ini cuma suara hatiku yang dah bosan laungan parti politik yang tak bermakna. Mungkin aku patut unlike pages politik kat facebook. Dia keluar kat status update macam cuba nak brainwash je. Aku tak kisah sangat siapa yang akan memimpin negara, selagi dia sememang layak dan mampu membawa Negara ke arah kemajuan dan keadilan.(tiada kena dengan PKR). Dan paling penting dia sebagai muslim hendaklah menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran. Mungkin aku bukan tak kisah, tapi demand tinggi, tapi takut takde yang boleh follow demand aku.
Kene ngundi jugak...
ReplyDelete