Sunday, March 17, 2013

Misteri Kehilangan Ayam KFC.

KFC ataupun nama penuhnya Kentucky Fried Chicken, yang Popular dengan masakan ayam yang digoreng dengan ramuan rahsia. Kebanyakan penduduk Malaysia gemarkannya, dan tidak aneh bagi jika ada orang yang sanggup mencuri ayam goreng KFC, kerana rasa masakannya yang setara dengan harga dan kepopularitinya. Namun kehilangan ayam KFC yang berlaku disebuah hostel menjadi misteri bagiku sehingga kini.
Ayam KFC fresh. Tiada kaitan dengan cerita ini.


Kisah berlaku di sebuah Hostel menempatkan pelajar universiti berprestij di selatan tanah air. Asalnya cuma kawasan yang dipenuhi dengan pokok bakau, sebelum dibangunkan menjadi kawasan universiti. Selain, daripada pelajar tempatan, terdapat juga pelajar luar negara yang menetap disitu. 

Pada hari itu, pelajar junior di situ ingin meraikan tamatnya pengajian semester pelajar senior yang banyak membantu mereka. Mereka berkongsi wang antara mereka untuk membeli dua bucket ayam goreng KFC dan disimpan didalam dapur di hosetel itu. Namun malam itu kehadiran pelajar agak menduka citakan, kerana terdapat beberapa pelajar yang pulang lebih awal ke rumah masing-masing. Maka, malam itu, satu bucket sahaja yang dibawa keluar dari dalam dapur hostel.

Antara pelajar yang hadir di situ adalah mereka yang tinggal berhampiran. Ayam yang lebih itu diputuskan untuk diberikan kepada mereka, kerana pelajar di situ akan mengosongkan hostel mereka dalam beberapa hari itu. Dan mereka pergi ke dapur itu hanya untuk melihat bucket yang kosong tanpa ayam. Kehilangan ayam KFC itu dilaporkan kepada pengawal keselamatan bertugas dan beberapa pihak pengurusan. Ini termasuklah aku yang terlibat dalam pengurusan hostel itu secara tidak langsung.

Tengah malam itu, dengan berat hati,aku pergi ke hostel tersebut. (nak tengok bola pun kacau…). Keterangan saksi telah diambil oleh pengawal bertugas pada malam itu. Menurut mereka, satu lagi bucket ayam itu masih lagi ada ayam pada masa mereka meninggalkan dapur itu dan telah diperiksa sebeluma mereka meniggalkan dapur itu. 2 jam kemudian, mereka kembali ke dapur hanya untuk mendapati ayam KFC itu telah hilang dan hanya tinggal bucket je. Seorang lagi pengawal bertugas juga tidak melakukan rondaan di kawasan itu sepanjang masa itu.

Pada masa aku tiba di hostel berkenaan, mereka telah mengambil keputusan untuk memeriksa rakaman CCTV. Dapur itu cuma ada satu pintu masuk namun, CCTV yang ada hanya merakamkan pintu masuk ke dapur berkenaan dari jarak yang jauh dan tidak di dalam dapur itu. Ada 4 orang yang melihat rakaman itu, aku, pengawal, pengurusan hostel, dan wakil pelajar. Rakaman dimainkan daripada mereka meninggalkan dapur itu sehingga mereka kembali semula. Dan mereka yang menonton rakaman itu hanya mampu berdiam sebaik sahaja melihat mereka kembali ke dapur. Mana taknya, tiada orang lain ke dapur berkenaan selain mereka!

Rakaman dimainkan semula, kali ini dari masa mereka menyimpan KFC pada petang itu. Jelas kelihatan mereka menyimpan 2 bucket ayam KFC. Jelas juga pada malam itu mereka cuma membawa satu bucket ayam KFC. Jelas juga kelihatan mereka kembali ke daput itu. dan Jelas juga, tiada orang lain selain mereka yang masuk dan keluar dari dapur daripada petang lagi.

Pada mulanya pelajar itu dikatakan telah memindah ayam dari satu bucket. Namun mereka berkeras mereka tidak melakukannya. Tambahan juga Rakaman CCTV menunjuk mereka berada di situ hanya sekejap sahaja. Malah  mereka mendakwa Pengawal di situ yang mengambil ayam itu dan telah melakukan sesuatu kepada CCTV tersebut. Dapur itu terletak pada aras yang tinggi yang menyebabkan jarang ada penghuni pergi ke dapur berkenaan dan mustahil untuk seseorang yang masuk melalui ke dapur itu melalui tingkap. Untuk haiwan yang mengambilnya juga mustahil kerana KFC itu disimpan di dalam peti sejuk.

Beberapa spekulasi yang berunsurkan alam lain dan sains fiksyen juga dikeluarkan tetapi tidak dapat dibuktikan. Lantaran kekurangan saksi dan bukti, kes ini telah digugurkan daripada siasatan. dan sehingga kini kehilangan ayam KFC masih menjadi misteri. Apa yang berlaku biarlah terus menjadi tanda tanya…

Salah satu spekulasi...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...