Monday, June 10, 2013

Misteri Bangkit Dari Tidur

                           

Satu statement dari matluthfi. Membawa kpd satu lg misteri untuk dirungkaikan.
Agaknya kenapa walau alarm bunyi kuat macam 'syaitan' pn susah nk bangun pagi? Kajian science mencadangkan sebab susah nak bangun pagi adalah kerana jam tubuh (ataupun jam biologi tubuh) tidak serasi dgn alarm yg disetkan pada waktu pagi. Jam tubuh dikawal oleh ‘suprachiasmatic nucleus’, sebahagian dari otak yang mengawal biological rhythm tubuh badan. Sebab yang menjadikan seseorang itu susah nk bangun adalah jam tubuh ini telah diset untuk bangun (phase delay). Pendedahan kepada cahaya terang (lampu ataupun screen computer sebelum tidur juga menggalakkan 'phase delay'. Ini kerana otak sensitive kepada cahaya dan menyebabkan otak menyangka hari masih lagi siang, walhal hari sudah malam. 

Kalau ada orang yang tolong kejutkan baru lah mudah nak bangun. Satu hipotesis berkenaan ini yang mana ianya berkaitan dengan deria manusia. Lebih mudah untuk bangun dari tidur kalau deria pendengaran dibantu dgn deria sentuhan. Ia lebih meyakinkan fikiran yang kurang aktif pada waktu pagi untuk bangun kalau menerima lebih dari satu rangsangan. Mungkin juga kerana anda tak nak tahu apa yang dilakukan terhadap anda kalau tak nak bangun dari tidur.  

Sebagai tambahan dari hipotesis itu, disertakan juga beberapa cara untuk mengejutkan seseorang dari tidurnya.

Cara pertama ialah menangis dan menggegarkan tubuh badan orang yg tidur tu. Ibaratkan orang yg tidur itu bagai mati dan kita sedang meratap pemergian dia. Aku pernah buat mcm ni pada housemate aku dulu tp aku buat kadang-kadang je pasal aku tak nak org kejutkan aku mcm tu jugak. Seriously, annoying gile kot kalau kena kejut mcm ni.

Cara kedua ialah dgn meletakkan sarang sarang kerengga kt tmpt tidur dia. Sarang semut api pun boleh juga. Pastikan jangan makan tuan. Dan kena ingat juga peribahasa, sarang tebuan jgn dijolok.

Selain dari itu, cara ketiga utk mengejutkan orang dri tidur ialah dgn menelanjangkan dia. Kalau dia xbgun juga, telanjang sekali pastu join tidur sebantal dgn dia. Lebih2 xbley lh. Kalau sama jantina kesan dia lg mendalam. (Unless dia gay, kesan dia tu backfire).

Cadangan terakhir dari aku ialah upgrade sikit dari tektik classic dlm mengejutkan orang dari tidur. Kalau kebiasaan guna air satu baldi kita tukar, guna darah pulak. Untuk impak kejutan yang lebih besar dan mendalam, boleh guna darah kambing hitam, lukis bulatan pentagram guna darah kambing tu. Kalau ada lilin pun orait gak bakar kt setiap penjuru pentagram.  Pegang pisau yg ada darah sekali sambil baca mantera puja setan. 

Sebagai penutup, aku hidangkan sebuah misteri dari pengalaman aku sendiri sbgai renungan bersama...

 ....la sudah lama berlalu tetapi masih mekar diingatan. Diwaktu pagi subuh itu aku terjaga dari tidur saat laungan azan subuh yang sayup berkumandang. Saat menunggu azan habis dilaungkan, aku kembali terlena. Dalam tidurku aku bermimpi kedengaran suara yan sugguh kuat bergema ditelingaku, "Celaka orang ini! Sudah azan subuh tidur semula!". Serentak dengan itu, aku terjaga semula dari tidur, dan masih bergema di telingaku dengan bunyi seekor cicak yang berbunyi betul2 dekat atas kepala aku. Hanya satu yg bermain difikiranku pagi tu. Cicak tu ke yg mencelakakan aku?...

Itu sahaja dari ku untuk hari ini. Juga diingatkan bahawa cara yang aku berikan untuk mengejutkan orang dari tidur adalah sekadar cadangan semata2. Kalau nak buat, sila tanggung sendiri akibatnya. Kalau putus kawan, putus urat kentut atau sebagainya bukan aku punya pasal. Sekian.

Tambahan kepada Misteri Bangkit dari Tidur Klik sini

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...