Thursday, January 17, 2013

Resolusi Tahun Baruku

2013, membuatkan aku tertanya halatujuku. Adakah ia akan menjadi tahun yang bermakna bagi diriku atau sekadar tahun yang berganti pergi? Tertanya-tanya aku apakah yang akan terjadi.


PDCA, plan-do-check-act.(rancang, lakukan, periksa, buat). Satu kaedah yang digunakan dalam pengurusan projek. Hanya satu yang menjadi tanda tanya, apa perancanganku?


Aku mahu mencari kesungguhan dalam pekerjaanku, tapi menjelang tahun baru ini, 11 kali aku datang lewat ke tempat kerjaku, bukan tidak sengaja, malah sengaja. Bagai tiada erti bagiku untuk pergi bekerja, hanya satu yang berlegar dibenak pemikiranku, i hate my job.Tapi aku masih disini, menanggung keperitan emosi minda kerana pekerjaan ini. Aku bekerja tanpa motivasi. Tercari-cari juga aku akan motivasi disini, namun minda separa sedarku terus menerus berkata, this jobs suck. Aku perlukan pekerjaan lain, persekitaran baru, yang lebih mencabar minda diriku. Mungkin aku akan berhenti daripada pekerjaan ini, tapi bukan sekarang. Tunggu cukup duit nak beli laptop and handpohone baru je.

Aku nak siapkan beberapa komik aku, idea dah ada, ada yang dah siap storyboard, cume belum lukis je lagi, yang dah siap pun ada, tapi tiada laptop untuk aku scan dan upload. Masa aku untuk menyaipkan satu muka pn agak suntuk.

Hanya 2 resolusiku, menyiapkan kisah2 komikku dan kerja baru. Semoga 2013 ini menjadi titik kemajuan yang lebih maju.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...